Elisya Home Decor

Perkhidmatan

Di EHD kami :

Menjual perabot kayu yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti JATI (produk utama), Balau, Merbau, Kekatong, Nyatoh, Mahogani dan sebagainya. Terdapat pelbagai rekabentuk yang boleh didapati di EHD seperti rekabentuk moden dan antik yang sentiasa menjadi tumpuan utama para pelanggan. Kami juga mempunyai rekabentuk yang bercirikan Bali yang mana rekabentuknya simple dan menarik.

Menjual tilam dan set tidur.Kami merupakan wakil penjual tilamyang berkualiti tinggi iaitu Sweet Dream, Better Sleep (anak syarikat Sweet Dream) pada harga yang berpatutan. Bagi set tidur kami bukan sahaja menawarkan produk daripada kayu Jati malahan kayu-kayu yang berkualiti tinggi agar ianya mampu bertahan dalam jangkamasa yang lama mengikut bajet pelanggan.

Terdapat Kraftangan, khat dan cenderahati yang diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan seramik.

Kami juga menjual Karpet dari jenama terkenal yang mempunyai kualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Kusyen (take off) bagi set sofa (berkayu) dan kerusi makan juga terdapat di EHD yang mana corak, warna dan kain juga disediakan bagi para pelanggan yang ingin membuat tempahan.

%d bloggers like this: